JustMakeWeb.com รับทำเว็บไซต์ รับทำเว็บโรงแรม รับทำเว็บขายของ รับทำเว็บบริษัท เว็บสำเร็จรูป รับทำเว็บร้านค้า ออกแบบเว็บไซต์ ใช้งานได้ง่าย รองรับ SEO โปรโมท GOOGLE ให้ติดอันดับได้อย่างรวดเร็ว , ลงโฆษณาฟรี VPS ราคาถูก
รับทำเว็บไซต์
0
" We Are Exness Introducing Broker (IB). "
 

 
2015-10-07 01:30:08 ใน EXNESS News » 0 279

Perubahan kepada keperluan margin untuk pasangan mata wang tertentu


Klien dan rakan kongsi yang dihormati,

Kami menulis untuk memaklumkan anda bahawa bermula pada 16 Februari 2015, terdapat perubahan yang akan dibuat pada keperluan margin ke atas beberapa instrumen kewangan untuk semua jenis akaun.

Perubahannya adalah seperti berikut:

  1. Margin tetap sebanyak 1% daripada volum transaksi telah diwujudkan untuk pasangan mata wang yang mengandungi SEK (krona Sweden), NOK (krone Norway), DKK (krone Denmark), PLN (zloty), SGD (dolar Singapura), HUF (forint), CZK (koruna Czech), TRY (lira Turki baharu) dan ILS (shekel Israel baharu);
  2. Untuk instrumen dengan MXN (peso Mexico), marginnya ialah 2% daripada volum transaksi;
  3. Bagi pasangan yang mengandungi ZAR (rand Afrika Selatan), keperluan margin akan ditetapkan pada 0.5% daripada volum transaksi.

Akibat penstabilan keadaan pasaran, kami turut menurunkan keperluan margin untuk pasangan yang mengandungi CHF – daripada 2.5% hingga 0.5% volum transaksi.

Jika pasangan mata wang mengandungi dua mata wang yang disebut di atas, maka keperluan marginnya akan ditentukan menggunakan nilai ditetapkan yang lebih besar (misalnya untuk transaksi yang melibatkan DKKZAR, margin ialah 1% daripada volum transaksi).

Kami mengesyorkan supaya semua klien yang berdagang instrumen kewangan ini supaya mempertimbangkan maklumat ini dalam strategi perdagangan mereka.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai keperluan margin terhadap semua instrumen kewangan yang tersedia di EXNESS dalam bahagian Spesifikasi Kontrak tapak web ini.