JustMakeWeb.com รับทำเว็บไซต์ รับทำเว็บโรงแรม รับทำเว็บขายของ รับทำเว็บบริษัท เว็บสำเร็จรูป รับทำเว็บร้านค้า ออกแบบเว็บไซต์ ใช้งานได้ง่าย รองรับ SEO โปรโมท GOOGLE ให้ติดอันดับได้อย่างรวดเร็ว , ลงโฆษณาฟรี VPS ราคาถูก
รับทำเว็บไซต์
0
" We Are Exness Introducing Broker (IB). "
 

 
2016-05-01 00:35:21 ใน Article » 0 332

PERTUKARAN ASING - FOREX

 

Sejajar dengan kemajuan dan peredaran zaman, keterbukaan dalam pencarian sumber kewangan semakin meningkat. Kepelbagaian sektor di Malaysia terbuka luas – memberikan pilihan kepada individu untuk menjana sumber kewangan mereka. Antara sektor yang semakin diperkembangkan setiap hari, adalah perdagangan. Sektor perdagangan yang luas menawarkan pelbagai jenis perdagangan yang mudah untuk dipelajari. Sekiranya individu sinonim dengan perdagangan, mereka pasti akan tahu atau sekurang-kurangnya memahami konsep asas bagi perdagangan dalam pasaran pertukaran wang asing. Pasaran pertukaran wang asing atau lebih dikenali sebagai Forex, FX atau pasaran mata wang, adalah sebuah pasaran global dalam perdagangan mata wang.
Namun, apakah sebenarnya Forex?

          Forex adalah singkatan yang biasa digunakan bagi “foreign exchange” yang bermaksud pertukaran asing. “Pertukaran asing” ini pula sering digunakan dalam menggambarkan situasi perdagangan dalam pasaran pertukaran asing yang melibatkan pelbagai pihak seperti pelabur dan spekulator. Pasaran pertukaran asing melibatkan pelbagai aspek; termasuklah dalam membeli, menjual dan menukarkan mata wang pada harga semasa atau pada harga yang ditentukan. Peluang yang cerah di dalam perdagangan ini menjadikan ia sebagai pasaran perdagangan terbesar di dunia.

Masih tidak jelas - bagaimana Forex berfungsi?
Masih kurang jelas tentang perdagangan pertukaran asing atau Forex? Begini – Bayangkan situasi apabila wang Dollar Amerika dijangka akan jatuh, lebih rendah daripada nilai Ringgit Malaysia. Apabila terjadinya situasi ini, pedagang Forex akan menjual nilai wang Dollar Amerika, dan membeli nilai wang Ringgit Malaysia. Sama seperti perdagangan saham, perdagangan mata wang asing ini juga adalah sebuah perdagangan yang melibatkan keyakinan dan risiko. Sekiranya mata wang Ringgit Malaysia makin kukuh, kuasa untuk membeli nilai wang Dollar Amerika makin meningkat. Seperti pedagang saham yang membeli saham sekiranya mereka fikir nilai saham itu akan meningkat pada masa hadapan, mereka juga tidak teragak-agak untuk menjual saham itu kembali sekiranya mereka menganggap nilai saham itu akan jatuh pada masa akan datang.

Dengan perdagangan pertukaran wang asing, pedagang Forex akan membeli mata wang asing jika mereka menjangkakan kadar pertukaran wang itu akan meningkat pada masa akan datang. Pedagang Forex juga bebas menjual mata wang mereka jika mereka menjangkakan kadar pertukaran wang asing ini akan jatuh pada masa akan datang. Jelas?
Maka, untuk mendalami dengan lebih mendalam tentang perdagangan pertukaran wang asing ini, individu harus memahami tentang aspek pertukaran terlebih dahulu.
 
Pertukaran Mata Wang Asing
          Pasaran pertukaran wang asing tidak menentukan nilai relatif bagi sesebuah nilai mata wang yang berbeza-beza, sebaliknya telah menetapkan harga pasaran semasa bagi setiap satu nilai mata wang asing. Oleh kerana itu, terdapat perubahan di dalam nilai pertukaran wang asing.

            Mengapa?
            Adalah jarang bagi situasi mana-mana dua mata wang akan mempunyai nilai yang sama, antara satu sama lain. Nilai relatif mata wang juga tidak akan kekal lebih daripada tempoh yang singkat. Oleh kerana itu, ia sering berubah-ubah. Antara sebab mengapa kadar pertukaran mata wang asing sering berubah-ubah, adalah kerana keluasan pasaran. Oleh kerana pasaran pertukaran wang asing adalah sebuah pasaran terbuka – sama seperti saham, bon, komputer, kereta dan perkhidmatan lain, ia bergantung kepada jumlah permintaan dan pembekalan. Dalam erti kata lain, sepanjang peningkatan atau penurunan dalam pembekalan atau permintaan nilai mata wang itu mampu menjejaskan nilai mata wang.

            Maka, adakah Forex berisiko?
Perdagangan pertukaran mata wang asing ini membenarkan individu untuk membeli atau menjual mana-mana pasangan mata wang, pada bila-bila masa – tertakluk kepada kecairan. Maka, keputusan semuanya di atas anda.